Korean Eye Cream Reviews

Having a bright and supple under eye is almost everyone dream right? I have used several of the korean brand eye cream and today im going to review it one by one

Im going to keep the best for the last
This is the most beautiful eye cream i have ever seen

The Tocobo eye cream has some retinol and some crashed stones in it. But i almost cried when i tried it, i felt nothing and my skin doesnt have any changes. However, this cream is beautiful because it will leave the skin almost “wet” look and fresh skin.

I love to use it on my whole face for the fresh skin effect.. but be mind that it was not doing anything on me, just fresh look and a little bit of moisture

I love that it comes with a tool. Lux!

Too thick for undereyes, doesnt do anything extraordinary… just moisture. But i love the bulb looking massager.. great for massaging the eyes

Its good but the texture!

This one is a beauty, i felt my undereyes look brighter and tighter but the texture of it almost left my skin with sweaty look. Dont like it for my country climate.. nope!

Top notch!

This one is great, goooooood one! Try this if youre looking for eye cream, my skin is brighter and plumped *cheff kiss

Love it!

Has retinol in it, great pump, super sleek packaging. So smolll but my eyes felt great overnight, maybe because it has retinol in it 👌🏻

Thats all… heh!

Jelli M1 anti fog mask reviews

Saya orang Langkawi sendiri pun xpenah makan ikan siakap wey 😂. Entah, sebab saya xsuka ikan besar2 kot.. saya suka makan ikan kecik2 je. Haha xde kaitan.

Hari ni saya nak review mask @jellim1 ni, mask ni ada anti fog coating dengan >95% kadar penapisan partikel microns yang sangat sesuai laa untuk situasi kita sekarang ni. Dah la hari ni ada dua kes varian delta dikesan di airport kan? Adoii.. apa benda lagi la nak datang ni. Semoga Malaysia pulih seperti sediakala la kan..

Mask ni ada 3 lapisan filter yang kita boleh tukar setiap kali guna, dia ada bagi free dalam setiap kotak. Oklaa sepanjang pemakaian saya dapati

Kelebihan:

1. Dah boleh pakai gincu 😝

2. Mask biasa kita boleh bau kan walaupun pakai mask, mask yg ni kita xbau benda kat luar bila pakai

3. Dia ada bagi getah je sebagai extender jadi walaupun getah tu hilang, kita boleh guna getah biasa je sebagai ganti.

4. Dah boleh sedekah senyuman dah sbb orang nampak kita senyum

5. Kelebihan untuk orang bermasalah pekak dan bisu, sebab dorang dah boleh nampak gerakan mulut kita dan memudahkan komunikasi ✅

6. Pakai la lama mana pun, mask tu xkan berkabus

7. Dia xkan calar pun sbb sy bawa merata xde kesan calar langsung

Kekurangan:

1. Kalau pakai lama2, ada wap air kat dalam jadi kita kena buang dan sapu juga la bila air tu dah banyak

2. Sedikit hangat, sebab bila saya pegi pantai Suhu panas kat dalam mask tu naik sikit jadi rasa panas lah! Begitu juga bila duduk bawah cahaya matahari dgn waktu yg lama

3. Mekap lekat dekat getah sekitar mask tu susah sikit nk sapu

4. Susah sikit nak pakai untuk orang yg pipi gemok macam saya ni 🤣 sebab dia mcm melengkung gitu kan.. saya pulak bulat. Memang kena adjust betul2 lah bila nak pakai

5. Susah sikit nak simpan sbb bentuk dia bulky kan.. jadi kena extra ruang dlm beg untuk simpan dia

6. Hadapilah renungan dari orang lain sbb kita nampak lain dari yg lain 🤣

Itu saja… harga dia rm150 tapi boleh pakai lama dan mengurangkan sampah mask 3ply yg makin mencanak naik sekarang ni. Huu dah la plastik, orang buang merata plk! Apoooo #jellim1

Pixi Beauty Vitamin C brightening Priming oil reviews

Penyelamat kulit kering saya 🥵

Lepas je pakai, oil tu rasa macam senang je serap ke dalam kulit saya tau. Pastu selang 10 minit ke macam tu bila sentuh kulit saya rasa kulit saya lembut halus je.. oil dia lain tau, dia xsama macam oil biasa yang saya pernah pakai. Sebab oil dia jenis campuran.. jadi dia sangat ringan pada kulit dan cepat serap.

Saya ni seorang yang kuat pindah randah tau, jadi cuaca tempat saya duduk tu memang akan berubah selalu.. kali ni saya pindah lagi dan macam biasa, kulit saya akan jadi kering teruk. Kering sampai tahap rasa nak senyum pun sakit. Tapi kali ni jadi masalah sikit sebab saya pindah dengan flight jadi saya xboleh bawa skincare banyak… jadi saya guna apa yang ada je 😬. Nasib baik saya tinggal oil pixi ni dekat KL, jadi saya pun pakai… mulanya saya xnak pakai sebab saya xminat sangat dengan skincare jenis oil ni. Tapi xdisangka2 rupanya oil ni laa penyelamat saya berbanding jenis yang berkrim.

Katanya priming oil sebelum mekap.. tapi sebab dalam ni pun dah ada vitamin C(ascorbic acid) ekstrak lobak merah dan squalane. Jadi saya rasa dia pun sejenis skincare juga ni.. sebab benefit dia banyak ke arah skincAre. Kalau sebagai primer mekap.. saya rasa dia xdela buat foundation stick to skin ke apa 🤔

Apa2 pun, saya suka la sebab dia membantu kulit saya yang kering merekah ni.. sebab dulu pun masa sy pegi jalan2 luar negeri pun sama, kulit jadi merekah sebab perubahan cuaca tapi saya rawat dengan pakai sheetmask tiap2 hari. Kali ni sy malas bawa sheetmask banyak2 jadi sy guna apa yg ada je tapi xsangka pulak bagus 😂. Yayy!!!

Saya pernah pakai fourthray oil yg vitamin c juga tu, saya ingatkan pixi ni pun akan sama mcm dia juga sbb yg fourthray tu dia heavy sikit sebab dia dua je layer. Rupanya xsama.. pixi lagi ringan, mungkin sebab dia 3 layer jadi nisbah oil dia 1:2 gitu.. jadi sangat ringan la untuk bukan penggemar oil mcm saya ni.

Suka bau dia, sangat segar bau citrus. Cuma, dari segi efek cerah ke apa saya xde nampak lagi setakat ni.. tapi dari segi kelembapan kulit improve tu ya 👍🏻

#pixibeauty #pixivitaminc #pixibrighteningoil #pixivitamincprimingoil

Jelita.KL Saffron & Hair Mist Reviews

Jelita.KL Saffron Face & Hair Mist

Dalam ni ada saffron, beta glucan, ekstrak bunga chamomile dan mentimun.. semuanya ada kesan yang tersendiri, untuk cerahkan kulit, soothing, vitamins dan banyak lagi..

Dah berapa lama ek saya pakai? Dua bulan lebih dah rasanya 😅 lupa.. mist ni ada dua kegunaan, untuk kulit muka dan juga rambut. Selamat untuk dipakai dua2 tempat.

Saya suka pakai dekat rambut sebenarnya berbanding muka hihihi.. sebab saya suka sembur dekat bahagian rambut saya yang kering dan kadang2 ada gatal sikit, bila saya sembur rasa tenang sikit kulit kepala tu.. tapi mist ni xmembantu banyak pun dari segi repair hair damage ke apa sebab dia mist saja kan, sekadar untuk topap on the go boleh la.. kalau pakai dia sorang untuk treatment rambut memang x la.

Dari segi pakai untuk kulit pula, saya suka sebab mist ni sangat ringan dan dia xde tinggalkan kesan macam lapisan gitu.. dia terus serap elok pada kulit saya. Sebab saya perasan kalau mist yang dari korea, kebanyakannya dia macam ada tinggalkan kesan filmy sikit pada kulit, bagus sebab untuk jaga kelembapan kulit kan.. tapi kadang2 saya rimas jugak 🤣. Jadi, saya suka la bila mist jelita.kl ni xde kesan macam tu.. dia macam sembur,segar dan lembap kejap pastu serap hilang.. aa gitu. Jadi best la kan untuk topap2.. kalau mist yang jenis ada residue tu kadang2 bila kering dia jadi rimas sikit atas kulit. Entahlah saya nak cerita pun entah faham ke tidak 🤣

Dari segi kecerahan ke apa saya xde la nampak apa perubahan sangat, jangan expect banyak sebab dia hanya mist.. tapi, kalau untuk fungsi dia sebagai mist tu bagi saya dah cukup dah! Haa gituu…

Bau dia wangi bau saffron, teksture pun sangat ringan.. tapi saya kurang gemar spray dia tu sebab dia sekali sembur keluar banyak terus. Kalau pakai mekap tu boleh tergerak juga la mekap sikit 😬.. dia bukan jenis fine mist, tapi xpa laa lagipun dia kan dua fungsi, untuk rambut sekali. Ha gitu gitu haa…

Overall, produk yang bagus, konsep yang bagus dan fungsi yang bagus… 🎉

Harga RM59,100ml

Antipodes culture probiotic night recovery water cream reviews

Pernah tak pakai produk yang mula2 benci lama2 makin sayang?

Haa macam tu la saya dengan krim ni. Mula2 pakai rasa geram sebab bangun pagi je mesti naik purging/jerawat nasi kat dagu sebiji.. pastu saya try lagi, esok ada lagi naik sebiji! Pastu dah nebes dahni sbb takut makin banyak naik.. tapi sy cuba lagi esoknya dan naik lagi sebijik kat dahi.

Saya pun geram la kan sebab benda mahal xkan laa nak biar macam ni. Akhirnya saya pun try dengan pakai dia sorang je.. xpakai dah toner ke apa ke. Pakai dia sorang je pastu tido! Well… bangun pagi esok tu rasa biasa lagi cuma jerawat baru dah xnaik. Progress yg baik la kan… pastu saya pakai lagi sampai la tiga empat hari kemudian haaaa!!!!! Bangun pagi kulit basah uollls… memang boleh nampak kulit sAya macam makin sihat, kulit jadi basah2 gitu pastu boleh nampak la kulit saya ni cukup segalanya.

Saya xreti nak explain macam mana tapi sebab saya kAn kulit kering dan sangat2 dehydrated sampaikan kulit saya jadi macam berkuping tau pastu nak kerut dahi pun boleh rasa yang dahi tu ada kedut. Jadi bila kulit saya dah berubah jadi basah gitu memang sAya happy gila laa… puas hati dan syabas untuk diri sendiri sebab gigih pakai walaupun takut naik lagi jerawat. Kikikiki

Cumanya apa yang boleh saya cakap, krim ni kalau awak ada masalah kulit kering macam saya.. pakai dia saja je malam2 sebab dah cukup dAh. Xyah pakai toner xyah pakai serum xyah pakai dah benda lain.. mungkin sebab krim ni dia ada formulasi prebiotic jadi bahan2 aktif yang ada dalam produk lain akan reAct dengan krim ni. Sebab tu kot saya naik purging 🤔

Satu lagi, teksture dia sangatlah tebal! Pakai secalit je dAh cukup dah untuk satu muka.. bau dia sangat herbally tau macam pakai produk akar kayu.. tapi xpela sebab antipodes memang dikenali dengan produk dia yang sangat2 mesra alam dan vegan certified

Harga dia RM130/60ml hanya di @Tns.skinlab malaysia

#antipodes #cultureprobioticnightrecoverywatercream

Hada Labo Shirojyun Premium Whitening Water Gel Reviews

Best!!

Mula2 saya takut juga nak pakai sebab dulu masa saya mula2 nak mencuba skincare dulu saya penah beli hada labo yang botol putih 1 set tu.. saya dah lupa yang mana. Sbb tu time sekolah.. pastu muka saya irritate gila, jadi kering pastu naik jerawat nasi sikit.. sampai sudah saya takut nak pakai hada labo 😂

Sekarang baru berani balik nak try hada labo, tapi memang xmenyesal pakai sebab best gila. Saya suka teksture dia yang watery gel mcm ni sebab dia menyerap laju gila bila saya pakai. Xde rasa melekit xde rasa macam berlapis tapi macam terus masuk dalam kulit saya. Saya sukaa.. pakai panas2 pun dia xjadi greasy langsung! Atau sebab kulit saya jenis kulit kering ek 🤔

Dia sangat ringan, macam pakai air, tiada bau.. hanya bau segar2 gitu… saya pakai dalam sebulan dah dan dah nak habis kekekek. Saya perasan bila saya pakai kulit sekitar pipi saya tu mencerah sikit. Macam jadi pinkish2 nampak urat merah2 sikit.. tapi, parut saya xhilang pun. Dia sekadar mencerah gitu.. tapi seronok la pakai sebab kulit saya rasa cukup hydration bila pakai dia. Sukaaaa!!! Toner dia pun saya ada tapi belum pakai lagi kekekeke nanti kalau nak saya review toner cakap ek.

Oh. Nama dia hada labo shirojyun premium whitening water gel. Free from fragrance,colourant, mineral oil dan alcohol. Kotak dia saya dah terbuang rasanya masa pindah dulu.. maaf tau xleh list ingredient.kekekekeke

Harga rm73.20 / 50g

Ada di watsons dan guardian

#hadalabo #hadalaboshirojyun #hadalaboshirojyunpremium #hadalabopremiumwhiteningwatergel #hadalaboshirojyunpremiumwhiteningwatergel #hadalabomoisturizer #watergel

Skincare korea vs Malaysia, yang mana berbaloi??

Dah hampir sebulan saya test produk2 ni kat muka saya.. aritu saya dh tunjuk dalam story kan? Haa hari ni saya nak buat review last. Mula2 saya explain dulu apa saya pakai:

LOCAL

@eveessential.my Hydrating & Brightening Moisturizer

Dalam ni ada niacinamide ( perbaiki tona kulit), Morus Alba Bark ( calming & soothing), Birds Nest Extract ( membantu keanjalan kulit)

Harga dia dalam RM69+-/ 50ml

@tatagaltier Bulaney Treatment Essence

Ada centella asiatica( soothing & anti irritasi), Galactomyces Ferment Filtrate ( pore reduction, control sebum,whitening), Glycerin ( agen lembapan kulit)

RM85/100ml ( hari ni launching day so grab cepat)

KBEUATY

@lessential.global Rhodiola Lively Triple Cream

Ada madecassoside ( anti redness, soothing,calming) , witch hazel leaf water( menghaluskan liang pori, anti redness), hyaluronic acid( kulit lebih lembap)

RM135.70/80ml di shopee retteb.os

@mizon_official skin power original first essence

Ada Galactomyces,Niacinamide dan glycerin

RM89/250ml shopee @marshearmy

Semua ingredient dia lebih kurang sama je kan? Sebab tu sy cuba compare.. ok. Ini adalah kesimpulan saya:

Keduanya adalah sama!!! Kulit saya dua2 belah rasa lembap, pori pun halus, kulit pun basah2 tapi bukan dewy.. dia basah sihat. Plump pun ya juga, eh samalah! Cuma.. dari segi pencerahan, saya perasan belah local lagi laju. Mungkin sebab produk local kita ingredient pencerahan lebih dominan dari segi formulasinya manakala produk kbeauty dia lebih utamakan lembapan dan keanjalan dalam produk dia.

Jadi, dari segi kulit lebih toink2 dan glassy saya nampak kbeauty menang.. tapi dari segi pencerahan dan keselesaan pemakaian local menang. Sebab kbeauty biasanya dia dewy2 dan kadang2 lead to gresyness tapi produk local dia lebih cepat serap dan often akan suitable dengan keadaan cuaca kita 👏🏻

Apa lagi awak nak tahu? Sila tanya. Harga pun saya dah bagi tu. Haa bolehlaa usha2

Dermourra Drop Of Air Essence Review

Brightening And Purifying Essence dari @dermourraskinhq

Esen ni ada:

Alpha arbutin

Gluthatione

Niacinamide

Honey extract

Peonia Sffruticosa Root Extract

Kesemua bahan tersebut adalah agen pencerahan untuk kulit dan bagus untuk menjaga kedutan pada kulit. Ia juga wangi dengAn bauan bunga peony. Bekasnya pun cantik, sangat simple dan senang muat di mana2 celahan pun 😁

Kesan pemakaian setelah dua minggu. esen ni senang meresap pada kulit saya dan dia tidak meninggalkan lekitan pun pada kulit saya malahan hanya sedikit lembapan sahaja. Saya kulit kering ya, jadi saya kena sembur banyak sikit baru rasa lembap2 gitu.

Produk Dermourra ni diasaskan oleh 2 orang doktor tau. Dan ada spa sendiri lagi.. jadi sanagt trusted brandnya.

Dari segi pencerahan, saya xnampak apa2 kesan pencerahan yang jelas tetapi saya nampak kulit saya mcm ada seri sikit.. parut saya xpudar tapi kulit berseri2.. mungkin kena pakai lama sikit baru nampak parut pudar. Tapi kulit nampak berseri tu pun petanda yang bagus sebenarnya.. jadi kita cuba pakai lagi lama sikit ya. 💪🏻

Sebenarnya dalam diam ramai rupanya peminat produk Dermourra ni sebab saya pun terkejut rupanya orang terdekat dengan saya pun rupanya pengguna setia Dermourra. kakak ipar saya suka gila produk dia sebab kena dengan kulit dia.. macam sunscreen dan pelembap.

Sebab tu saya mencuba juga untuk pakai Dermourra, tapi rasanya mungkin essen ni terlalu light untuk kulit saya jadi nak nampak kesan dia sangat lambat pada kulit saya.. tapi mungkin untuk kulit biasa dan sensitif essen ini akan membantu 😍

#dermourra #dropofairessence #dropofair #brighteningandpurifyingessence

Mizon Essence Dupe SKii?

Saya Dah try sebelah2 selama sebulan.. jadi… nampak beza tak? Haha

Ramai cakap Mizon Essence ni dupe skii kan jadi sy dah test.. adakah betul? Sebelah kanan saya pakai skii sebelah kiri saya pakai Mizon. Jadi ini pendapat saya..

Mizon:

1. Senang serap pada kulit

2. Harga yg berpatutan sbb untuk 250ml hanya RM79 di @marshearmy shopee

3. Memang kulit jadi glowing, sangat2 glowing tapi…saya perasan kalau sy lupa pakai dalam dua hari, glow kulit saya hilang dah. Nak glowing kena pakai balik! 🤣

4. Kulit saya rasa halus, cukup lembapan dan lebih mencerah.. parut xberkurang tapi pencerahan tu ada.

5. Xboleh pakai dia sorang2 je sbb akan kurang berkesan, kena timbal dengan pelembap atay sunscreen juga baru lembapan dan glowing tu kekal

Sk-ii

1. Menyerap dengan baik pada kulit!

2. Harga xyah cakaplah 🤣 tapi ada je saiz tester yang mur mur kalau nak try.. boleh beli dekat IG @beauticity.skincare

3. Ajaibnya skii ni, pakai sekali je malam ni esok pagi bangun mmg boleh rasa kulit smooth dan ada lekit2 walaupun tido dlm ekon

4. Kulit saya lebih halus, kedutan mikro yg kecik2 kat dahi tu berkurang, mmg boleh nampak kulit kita makin berubah halus tegang mulusss.. pencerahan tu lambat, tapi bab wrinkle dgn moist kulit tu mmg tiptop!

5. Skii ni.. sy perasan, pakai 1 produk je dah cukup. Kesan dia tu boleh nampak.. contoh pakai esen dia je pun dah boleh nampak kulit makin anjal. Kalau pakai pelembap dia saja sorang pun dah cukup dah sbb boleh rasa kulit makin smooth! Cuma kalau toner dia, xmenjadi sangat kalau pakai dia sorang je.. tapi esen dgn pelembap dia 👍🏻

Jadi.. adakah mizon dupe skii? Jawapannya tidak.. tetapi, kalau nak glowing yang seakan skii tu ya!!! Tapi glowing jelah.. kulit xjadi anjal dan wrinkle lambat sikit hilang tapi saya boleh rate mizon esen ni 5 bintang!!!! Sbb mmg best pakai! Saya suka pakai sbb glowing dia tu sy suka.. serius! Sangat rekomen!!!!!! Harga pun berbaloi.

Medical Gread Sunscreen by Dermourra

Sinaran matahari merupakan musuh utama kepada kesihatan kulit kita. Penjagaan yang rapi perlu diberikan terhadap kuit wajah kita bagi mengelakkan sebarang tand-tanda penuaan,kanser dan juga tona tidak sekata.

Bukan sahaja di luar rumah,malahan kita juga terdedah terhadap radiasi sinaran UV di dalam rumah dan kini ia makin sukar diatasi kerana penggunaan teknologi juga menjadi penyebab kepada pendedahan kepada sinar UV. Tahukah anda, penggunaan telefon bimbit juga merupakan salah satu sumber sinar UV? Ya..oleh itu, kita harus menggunakan krim pelindung sinaran matahari tidak kira semasa berada di dalam atau di luar rumah. Yang membezakannya hanyalah perbezaan nilai SPF iaitu SPF15,SPF20,SPF 35 dan SPF50.Seeloknya, penggunaan krim pelindung matahari di luar rumah hanya SPF50 ke atas sahaja.

Hari ini saya ingin kongsikan bersama anda produk terbaru dari Dermourra HQ iaitu krim pelindung matahari(sunscreen). Ini adalah krim pelindung matahari yang mempunyai gabungan antara Physical dan juga Chemical sunscreen iaitu Krim Pelindung Matahari Hybrid. Ia adalah krim pelindung matahari dengan SPF50 dan spektrum penuh (broad spectrum) UVA/UVB.

Sunscreen Dermourra ini juga menggunakan Titanium Dioxide sebagai UV filter dan Ia juga diperkaya dengan Ferulic Acid,Caffeic Acid,Physalis Angulata Extract,green tea dan Camellia Sinensis Leaf Extract Ethylhexylglycerin yang kaya dengan antioksidan.


Penggunaan Titanium dioxide di dalam sunscreen ini membantu menyelamatkan kulit anda daripada sinaran radiasi UV yang berlebihan. Ia berfungsi dengan menjadi satu lapisan perlindungan atas lapisan kulit kita dan memantulkan kembali sinaran tersebut. Oleh sebab itu, kita digalakkan sentiasa menambah lapisan sunscreen yang baru pada kulit setiap dua jam.


Sunscreen ini diperkaya dengan ;


Titanium Dioxide : melindungi kulit dari sinar radiasi UVA dan UVB


Ferulic Acid: Membantu mengurangkan penghasilan garis-garis halus, bintik hitam dan juga kedutan


Caffeic Acid: Membantu meningkatkan penghasilan kolagen dan mengurangkan kedutan pramatang


Physalis Angulata Extract: kebaikan antioksidan yang baik dan juga meredakan iritasi pada kulit
Camellia Sinensis Leaf Extract Ethylexglycerin : mempunyai ramuan antioksidan dan menyamankan kulit yang menjanjikan kesan pemulihan dari kerosakan akibat sinaran matahari.


Tekstur
Krim pelindung matahari ini juga didatangkan dengan teksture krim yang separa pekat dan ia amat mudah diratakan pada kulit. Ia juga tidak mengakibatkan kulit saya terasa tebal dan tidak menggangu lapisan produk yang dipakai sebelumnya. Pengaplikasiannya sangat lembut dan mudah.


Warna
Krim pelindung matahari ini mempunyai warna seakan senoda dengan kulit wajah tetapi jangan risau, ia tidak akan meninggalkan kesan tona berlainan pada wajah malahan ia hanya meninggalkan lapisan warna seperti kulit yang sihat dan ia juga tidak membuatkan wajah kelihatan kelabu pada flash kamera. Saya yakin warna perang muda pada sunscreen ini adalah kerana ramuan Hydrolyzed wheat protein dalam sunscreen ini.


Bau
Saya akui, krim pelindung matahari ini mempunyai sedikit bau wangi hasil dari ramuan pewangi di dalamnya namun ia tidak memberikan sebarang kesan rengsaan pada kulit dan juga au itu tidak kekal lama setelah saya memakainya.

Selepas beberapa minit, anda boleh lihat sunscreen ini mengeluarkan sedikit minyak


Saiz
Krim ini didatangkan dalam bentuk tiub dengan kuantiti sebanyak 50ml, ia adalah saiz yang mencukupi untuk dipakai selama sebulan.

Ia akan meninggalkan kesan dewy finish dan juga sedikit tone up tetapi tone upnya tidak keterlaluan

Ingredients
Water,c12-15,Alkyl benzoate,arginine,phenylbenzimidazole sulforoc acid,disodium phenyl dibenzimidazole tetrasulfonate,bis-ethylhexyloxyphenol,methoxyphenyl triazine,titanium dioxide hexylene glycol, c14-22 alcohols,c12-20 alkyl glucoside, diethylamino hydroxybnzoyl hexyl benzoate,nylon-12,myristyl alcohol dipropylene glycol dibenzoate,diethylhexyl butamido triazone,phenoxyethanol,polypodium leucotomos leaf extract,ethylhexyl ferulate,ferulic acid,caffeic acid,physalis angulata extract,ceteareth-25,caprylyl glycol,melanin,mystristyl glucoside,ethylexyl triazone,caprylyl methicone,hydrolyzed wheat protein/pvp crosspolymer,glycerin,ethyl ascorbic acid,alumina,ppg-15,stearyl ether benzoate, disodium ethylene dicocamide peg-15 disulfate,camellia sinensis leaf extract,ethylhexylglycerin, tocopheryl acetate,xanthan gum,phytosphingosine hcl,arabidopsis thaliana extract, ethyl lauroyl arginate hcl,panthenyl triacetate,fragrance,simethicone,oxothiazolidine,disodium EDTA, silica,ethyl linoleate, caprylic/capric triglyceride,oleyl alcohol,butylene glycol,lecithin,sodium benzoate,tocopherol,linalool,limonene.

Review saya;


Sepanjang pemakaian krim pelindung matahari Dermourra ini, saya boleh merasakan bahawa kulit saya selain dari terlindung oleh sinar UV,kulit saya juga mendapati kuit saya terasa lembap dan terjaga. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung matahari malahan ia juga berfungsi sebagai pelembap. Saya sukakan kemasan kilatannya dan kulit saya juga tidak terengsa ketika menggunakannya. Kulit saya kelihatan lebih cerah dan berkilat tetapi berkilat yang cantik bukan berkilat macam berminyak. Namun, setiapkali memakainya, saya akan mengelak dari menyapu sunscreen ini pada kawasan kulit sekitar mata saya. Hal ini kerana, apabila saya berpeluh mata saya akan terasa pedih dan kurang selesa. Mungkin ia disebabkan oleh salah satu kandungan di dalam sunscreen tersebut. Jadi, jika anda berminat untuk mecubanya saya menyarankan anda menggunakan suncreen yang berlainan pada kawasan sekitar mata.

4/5⭐️