Sinaran matahari merupakan musuh utama kepada kesihatan kulit kita. Penjagaan yang rapi perlu diberikan terhadap kuit wajah kita bagi mengelakkan sebarang tand-tanda penuaan,kanser dan juga tona tidak sekata.

Bukan sahaja di luar rumah,malahan kita juga terdedah terhadap radiasi sinaran UV di dalam rumah dan kini ia makin sukar diatasi kerana penggunaan teknologi juga menjadi penyebab kepada pendedahan kepada sinar UV. Tahukah anda, penggunaan telefon bimbit juga merupakan salah satu sumber sinar UV? Ya..oleh itu, kita harus menggunakan krim pelindung sinaran matahari tidak kira semasa berada di dalam atau di luar rumah. Yang membezakannya hanyalah perbezaan nilai SPF iaitu SPF15,SPF20,SPF 35 dan SPF50.Seeloknya, penggunaan krim pelindung matahari di luar rumah hanya SPF50 ke atas sahaja.

Hari ini saya ingin kongsikan bersama anda produk terbaru dari Dermourra HQ iaitu krim pelindung matahari(sunscreen). Ini adalah krim pelindung matahari yang mempunyai gabungan antara Physical dan juga Chemical sunscreen iaitu Krim Pelindung Matahari Hybrid. Ia adalah krim pelindung matahari dengan SPF50 dan spektrum penuh (broad spectrum) UVA/UVB.

Sunscreen Dermourra ini juga menggunakan Titanium Dioxide sebagai UV filter dan Ia juga diperkaya dengan Ferulic Acid,Caffeic Acid,Physalis Angulata Extract,green tea dan Camellia Sinensis Leaf Extract Ethylhexylglycerin yang kaya dengan antioksidan.


Penggunaan Titanium dioxide di dalam sunscreen ini membantu menyelamatkan kulit anda daripada sinaran radiasi UV yang berlebihan. Ia berfungsi dengan menjadi satu lapisan perlindungan atas lapisan kulit kita dan memantulkan kembali sinaran tersebut. Oleh sebab itu, kita digalakkan sentiasa menambah lapisan sunscreen yang baru pada kulit setiap dua jam.


Sunscreen ini diperkaya dengan ;


Titanium Dioxide : melindungi kulit dari sinar radiasi UVA dan UVB


Ferulic Acid: Membantu mengurangkan penghasilan garis-garis halus, bintik hitam dan juga kedutan


Caffeic Acid: Membantu meningkatkan penghasilan kolagen dan mengurangkan kedutan pramatang


Physalis Angulata Extract: kebaikan antioksidan yang baik dan juga meredakan iritasi pada kulit
Camellia Sinensis Leaf Extract Ethylexglycerin : mempunyai ramuan antioksidan dan menyamankan kulit yang menjanjikan kesan pemulihan dari kerosakan akibat sinaran matahari.


Tekstur
Krim pelindung matahari ini juga didatangkan dengan teksture krim yang separa pekat dan ia amat mudah diratakan pada kulit. Ia juga tidak mengakibatkan kulit saya terasa tebal dan tidak menggangu lapisan produk yang dipakai sebelumnya. Pengaplikasiannya sangat lembut dan mudah.


Warna
Krim pelindung matahari ini mempunyai warna seakan senoda dengan kulit wajah tetapi jangan risau, ia tidak akan meninggalkan kesan tona berlainan pada wajah malahan ia hanya meninggalkan lapisan warna seperti kulit yang sihat dan ia juga tidak membuatkan wajah kelihatan kelabu pada flash kamera. Saya yakin warna perang muda pada sunscreen ini adalah kerana ramuan Hydrolyzed wheat protein dalam sunscreen ini.


Bau
Saya akui, krim pelindung matahari ini mempunyai sedikit bau wangi hasil dari ramuan pewangi di dalamnya namun ia tidak memberikan sebarang kesan rengsaan pada kulit dan juga au itu tidak kekal lama setelah saya memakainya.

Selepas beberapa minit, anda boleh lihat sunscreen ini mengeluarkan sedikit minyak


Saiz
Krim ini didatangkan dalam bentuk tiub dengan kuantiti sebanyak 50ml, ia adalah saiz yang mencukupi untuk dipakai selama sebulan.

Ia akan meninggalkan kesan dewy finish dan juga sedikit tone up tetapi tone upnya tidak keterlaluan

Ingredients
Water,c12-15,Alkyl benzoate,arginine,phenylbenzimidazole sulforoc acid,disodium phenyl dibenzimidazole tetrasulfonate,bis-ethylhexyloxyphenol,methoxyphenyl triazine,titanium dioxide hexylene glycol, c14-22 alcohols,c12-20 alkyl glucoside, diethylamino hydroxybnzoyl hexyl benzoate,nylon-12,myristyl alcohol dipropylene glycol dibenzoate,diethylhexyl butamido triazone,phenoxyethanol,polypodium leucotomos leaf extract,ethylhexyl ferulate,ferulic acid,caffeic acid,physalis angulata extract,ceteareth-25,caprylyl glycol,melanin,mystristyl glucoside,ethylexyl triazone,caprylyl methicone,hydrolyzed wheat protein/pvp crosspolymer,glycerin,ethyl ascorbic acid,alumina,ppg-15,stearyl ether benzoate, disodium ethylene dicocamide peg-15 disulfate,camellia sinensis leaf extract,ethylhexylglycerin, tocopheryl acetate,xanthan gum,phytosphingosine hcl,arabidopsis thaliana extract, ethyl lauroyl arginate hcl,panthenyl triacetate,fragrance,simethicone,oxothiazolidine,disodium EDTA, silica,ethyl linoleate, caprylic/capric triglyceride,oleyl alcohol,butylene glycol,lecithin,sodium benzoate,tocopherol,linalool,limonene.

Review saya;


Sepanjang pemakaian krim pelindung matahari Dermourra ini, saya boleh merasakan bahawa kulit saya selain dari terlindung oleh sinar UV,kulit saya juga mendapati kuit saya terasa lembap dan terjaga. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung matahari malahan ia juga berfungsi sebagai pelembap. Saya sukakan kemasan kilatannya dan kulit saya juga tidak terengsa ketika menggunakannya. Kulit saya kelihatan lebih cerah dan berkilat tetapi berkilat yang cantik bukan berkilat macam berminyak. Namun, setiapkali memakainya, saya akan mengelak dari menyapu sunscreen ini pada kawasan kulit sekitar mata saya. Hal ini kerana, apabila saya berpeluh mata saya akan terasa pedih dan kurang selesa. Mungkin ia disebabkan oleh salah satu kandungan di dalam sunscreen tersebut. Jadi, jika anda berminat untuk mecubanya saya menyarankan anda menggunakan suncreen yang berlainan pada kawasan sekitar mata.

4/5⭐️

Leave a comment