Tips hilangkan jerawat badan/ back acne

Disclaimer: ini cara saya tau! Kalau jadi jadila untuk awak.. kalau xjadi apa boleh buat 🤣

Saya pun ada jerawat badan, kita manusia semua sama je.. apa boleh buat, lumrah kehidupan.. tapi ini adalah cara saya kurangkan jerawat di badan saya. Saya jerawat xbanyak naik tempat lain.. belakang badan je dan cara saya buat sampai dia hilang adalah

1. Dulu saya pakai t3 body wash tu, best juga tapi mahal la sikit jadi saya pun cari alternatif lain iaitu sabun Cosmoderm Tea Tree Oil shower gel ni. Best! Sebab jerawat badan hilang dan gatal2 merah2 selain jerawat pun hilang juga.. Danish pun pakai sabun ni, sebab dia selalu gatal2 dekat siku dengan tengkuk. Sabun lain xjadi dengan dia, cosmoderm ni je jadi.. melon pun pakai sabun ni baru okey sikit gatal2 kat lengan dia. Yang penting, lebih murah! RM13 je.. elok!

2. Skrub! Jangan tinggal skrub badan! Xkisahlah pakai pupur ke pakai kunyit ke.. skrub pesen moden ke.. yang penting kena skrub! Sebab dengan skrub la kulit mati badan kita akan tanggal dengan lebih rata dan cepat, jadi xdela clog2 semua tu.. jerawat badan pun xmuncul.bukan setakat muka, kulit badan pun nak exfoliate juga tau! Tambahan lagi, bila kita selalu skrub, bau hangit badan pun hilang.. daki pun xde, kulit pun maintain cerah dan bersih dan yang penting, persekitaran kita akan lebih harmoni. Awak tahu tak, habuk partikel di udara tu hampir 70% adalah kulit mati kita yang berterbangan? Eeeeeeeee heheheheh

3. Losyen! Losyen badan juga penting sebab dia membantu menjaga kelembapan pada kulit badan kita dan dalam masa yang sama membantu mencerahkan kulit dan parut2 kesan dari jerawat badan tu.. tapi saya pun jarang pakai juga 😝. Cuaca panasss.. saya mampu pakai di lengan dan kaki je kalau siang, malam baru boleh sapu satu badan. Tapi… saya ada cara baru, iaitu dengan skrub badan @Freyapothecary.my. Dia skrub dua dalam satu.. bukan setakat buang kulit mati, dia juga berfungsi sebagai body polish. Sebab dalam tu ada coconut oil.. jadi lepas kita skrub badan, kulit kita akan jadi lembut dan berkilat hasil dari coconut oil tadi.. saya pakai lepas mandi pun kulit macam rasa ada layer kelembapan dengan kilatan tu. Jadi saya dah skip losyen sejak pakai skrub ni, wangi pun wangi sebab ada bau pumpkin 😍 macam herba2 manis gituuu

4. Mandi! Heheheh… dan yang paling penting, rambut tu kalau basah2 ke.. pakai minyak ke.. janganla biar dia dok lama2 melekat kat badan tu. Sebab salah satu punca jerawat belakang badan sebab rambut juga.. ikatla ponytail selalu ya, ataupun sanggul ke.. pastu rambut tu kalau boleh keringkan dengan kain cotton ya, bukan keringkan dengan tuala.. barulah rambut kita sihat dan kurang geseran. Sebab saya pun keringkan rambut saya dengan tshirt. Heheheheh

5. Pemakanan! ( saya xboleh bagitahu pasal ni sebab saya pun fail juga, saya pun makan xjaga sebab saya makan semua manis2 🤣)

Itu saja cara saya kurangkan jerawat badan saya… memang berkesan! Dan yang paling penting parut badan juga cepat hilang 😘

Tips Putihkan Gigi

Kita semua mesti nak gigi kita putih, bersih dan lawa kan? Bila gigi cantik ni confident level pun tinggi.. nak senyum nak sembang nak makan semua jadi yakin! Sama la juga dengan saya, tambah2 lagi saya suka pakai gincu.. ada sesetengah gincu dia buat gigi kita nampak menguning, ada gincu yang serlahkan keputihan gigi.. macam2 la.

Satu lagi sebab saya risau, yela.. bila orang pandang kita. Benda pertama dia akan pandang adalah mata dan kedua gigiiiii uolllsssss…lepas tu baru la dia pandang jerawat 🤣🤣🤣. Jadi hidung xmancung xpe,yang penting mata kena lawa dan bersih.. gigi pun jangan ada sayur lekat celah2 tau! Floss gigi jangan lupaaa…saya xtuju dekat lelaki pun sebab hidup kita bukannya nak impress orang lelaki je selalu, sesama perempuan pun sama juga. Penampilan kena jaga!

Jadi saya pun cuba laa putihkan gigi saya sejak dulu lagi, disebabkan saya suka mekap2 dan sejak dulu lagi sy suka jangok.. jadi mcm serba xkena la kan bila gigi xlawa. Macam2 cara saya buat tau sebab nak putihkan gigi.. cuma dulu duit xbanyak, jadi saya guna la cara tradisional.. tapi semuanya xjadik 🥴 last2 gusi je yg darah2, gigi maintain 🤣

Cara tradisional putihkan gigi, macam gosok pakai arang, pakai soda bikarbonat+garam, gosok dengan kulit pisang, limau.. lemon.. ubat gigi yang asal sebut whitening semua sapu last2 xberkesan sangat pun.. tapi pakai limau menjadi juga la, sebab sy tengok abang sy buat pakai limau sbb dia merokok kan, jadi yg hitam2 kurang.. cuma sy xnak sebab terlalu ekstrim bagi saya. Minum susu! Yang ni feveret saya sampai skrg.. maklumlah, keturunan kenit 😝.. dulu ingatkan kalau selalu minum susu boleh tinggi.. rupanya sama je, tapi habit suka minum susu sampai sekarang!

Jadi bila dah berduit ni, saya pun mula lah membeli yang mahal2 sikit dannnnnn memang menjadi!!! Gigi saya jadi putih, bersih dan berkilat! Salah satunya saya pakai adalah ubat gigi Oral B Professional Choice White Glo, serius pakai dua kali je terus gigi putih bersih! Tapi saya xboleh beli selalu sebab mahal 😭 dan xde kat Malaysia.. sy beli dari Australia 😭😭 jadi xleh nak beli selalu.. saya pakai pun sebab masa tu nak dekat2 nak kawin 😆

Selain dari ubat gigi, saya pakai strips ni juga.. Oral B 3D white, cara pakai dia.. tampal je kat gigi dalam sejam pastu cabut. Siap… memang gigi kita akan putih bersih!

Dan.. akhirnya, saya dah jumpa ubat gigi untuk mencerahkan gigi yang lebih murah dan ada di Malaysia iaitu Pearl Drop Daily Whitening Instant boost, ubat gigi ni memang sesuai untuk anda kalau nak gigi putih sokmo macam saya… tapikan, bila saya pakai.. saya perasan yang ubat gigi ni lebih lambat sikit kesan dia untuk cerahkan gigi tu tapi setiapkali kita gosok gigi.. kita boleh nampak yang macam gigi kita dipolish tau, macam berkilat.. putih tu tak sangat tapi berkilat! Lepas pakai dalam dua minggu baru putih tu putih tapi tidak seputih yang kita nak.. cuma lebih baik! Jadi… kalau anda inginkan gigi yang lebih putih, cubala pakai… harga dia dalam RM27 dekat Guardian.

Tapi, sejujurnya saya xrekomen pun..sebenarnya gigi kuning lebih kuat dari gigi putih. Kesan dari pemakaian Produk putih2 gigi ni, gigi saya dah jadi sedikit sensitif dan putih tu xkekal lama pun.. dia akan hilang juga bila kita selalu minum kopi, teh, makanan yang ada banyak warna tu. Jadi saya sedikit kecewa juga la 😭.. sebab sy ingatkan kesan dia permanent. Cuma, kalau anda ada presentation ke.. tiba2 nak jumpa orang hebat2 ke… nak dating ke… nak kawin ke.. bolehla try, sebab nak kelihatan ekstra2 kan.. kalau untuk selamanya, sy xsarankan laa… kalau banyak duit lagi, pergi buat appoinment doktor terus! Laaagi selamat!

Review Skincare Minakawaii/ Fish Collagen

Pernah cuba produk berasaskan kolagen ikan(fish collagen)? Kalau belum..meh saya nak cerita kenapa produk berasaskan fish collagen makin banyak mendapat perhatian pengeluar produk2 sekarang ni. Pertama sekali, jom kita tengok kenapa kolagen ikan makin mendapat perhatian dalam skincare.

Kolagen dari ikan adalah kolagen yang berasaskan haiwan dan ia dikira sebagai sumber kolagen yang terbaik kerana ia mampu menyerap ke dalam kulit dengan lebih pantas berbanding kolagen lain. Ia juga mempunyai kadar molekul yang paling ringan dan terkecil berbanding kolagen biasa dan ia sangat bagus untuk digunakan sebagai suplemen kesihatan badan dan juga wajah.

Kolagen ini adalah kolagen yang membina 70%  sel2 kulit dalam tubuh kita, jadi penggunaannya adalah sangat bagus kerana ia membantu tubuh anda membina sel2 baru dengan lebih cepat dan seterusnya menjadikan kulit sihat seperti anjalkan kulit,kurangkan kedutan,menambahkan kadar kelembapan kulit dan juga mencegah selulit.

Hari ini saya ingin kongsikan kepada anda variasi produk dari jepun iaitu produk Minakawaii. Ia adalah produk yang dibuat dengan menggunakan ekstrak kolagen dari ikan. Antara produk2 kelaurannya adalah Minakawaii Daily Scrub Gel, Minakawaii Milky face Cleanser, Minakawaii Moisturizing Face Lotion,Minakawaii Anti Aging Face Cream, Minakawaii Cleansing water dan produk best selling dari Minakawaii iaitu Minakawaii Sleeping mask Booster!

Sleeping Mask Booster

Weight: 100g

Packaging : tub plastik dan berwarna pink,sangat kukuh

Bau: bunga sakura yang harum

Tekstur: jel pekat berwarna putih keruh

Cara pemakaian: pakai pada waktu malam di akhir langkah pemakaian skincare

Kesan pemakaian: ia sangat membantu kulit saya mengekalkan kelembapannya dan saya merasakan kulit saya kembali segar setiap pagi

Minakawaii Cleansing Water

Weight: 100ml

Packaging : botol plastik dan berwarna pink,sangat kukuh dan berpam

Bau: bunga sakura yang harum

Tekstur: cecair berwarna putih jernih

Cara pemakaian: Gunakan sebagai pencuci mekap berserta kapas

Kesan pemakaian: mekap saya mudah ditanggalkan kecuali mekap kalis air dan liquid lipstick

Minakawaii Anti Aging Face Cream

Weight: 100g

Packaging : tube plastik dan berwarna pink,sangat kukuh

Bau: bunga sakura yang harum dan ada sedikit bau tajam tapi bau itu akan hilang selepas pemakaian

Tekstur: krim pekat berwarna putih dan sangat mudah menyerap ke dalam kulit

Cara pemakaian: pakai sebagai pelembap atau sejurus selepas mencuci muka

Kesan pemakaian: pemakaiannya secara kerap telah membuatkan saya dapat merasakan bahawa tekstur kulit saya kelihatan semakin baik namun saya tidak menyarankan produk ini kepada anda yang berkulit sensitif kerana mungkin kulit anda tidak akan berasa selesa dengan bau yang sangat wangi ini.

Minakawaii Moisturizing face lotion

Weight: 150ml

Packaging :plastik dan berwarna pink,sangat kukuh dan mempunyai tudung lipat.

Bau: bunga sakura yang harum dan sedikit nyaman

Tekstur: cecair jernih

Cara pemakaian: pakai sebagai langkah pertama dalam permulaan pemakaian skincare

Kesan pemakaian: ia membantu produk2 lain meresap dengan lebih baik ke dalam kulit saya dan bagi saya ia adalah seperti penyegar biasa kerana saya merasakan bahawa ia tidak memberikan kelembapan tambahan kepada kulit saya

Minakawaii Daily Srub Gel/ Milky Face Cleanser

Weight: 100g

Packaging :tiub plastik dan berwarna pink,sangat kukuh

Bau: bunga sakura yang harum

Tekstur: mempunyai manik2 halus dan jel pekat berwarna putih

Cara pemakaian: pakai sebagai rutin menyental kulit dan gunakan dua kali seminggu manakala pencuci muka boleh digunakan harian.

Kesan pemakaian: scrub ini membantu kulit saya menanggalkan kulit mati dengan baik dan juga saya sukakan pencuci mukanya kerana ia tidak berbuih sebaliknya seperti pencuci muka jenis krim sahaja.

Kesimpulannya, variasi dari produk Minakawaii ini memberikan pengalaman kesegaran bauan bungaan kepada sesi kecantikan diri saya. Ia adalah koleksi produk yang mungkin anda cari jika anda inginkan kulit yang lembit anjal dan cerah. Namun, saya hanya mencadangkan produk ini kepada anda yang berkulit normal,berminyak dan kering sahaja.. jika anda berkulit sensitif, saya tidak sarankan anda menggunakan produk ini.

Tips Cerahkan Ketiak

Ini cara paling berkesan saya buat untuk dapatkan ketiak cerah dalam masa 2 minggu! Serius jadikkkkk….

1. Saya guna epilator untuk cabut bulu ketiak sebab bila pakai epilator, dua minggu pun bulu baru xnaik lagi.. dan yang paling best, risiko ketiak hitam berkurang sebab luka2 mikro xde.. murah je, dalam rm30 kat @shopee_my. Epilator mungkin susah sikit nak cabut kalau bulu awak pendek, jadi kena tunggu bulu panjang sikit baru dia boleh tarik dengan mudah. Saya lebih suka epilator berbanding wax sebab jimat… epilator yang saya pakai ni dah setahun lebih xrosak2.. jadi sangattttt jimat dan elok untuk alam sekitar.

2. Guna skrub, saya suka skrub @temyracle.hq tu sebab garam dia halusss dan xkasar pada kulit, skrub dia pun dah ada sabun terus jadi awak lumur je skrub tu kat ketiak.. tiga kali seminggu, terus daki2 deodoran tanggal tau! Wangi pun ya 🥰.mana2 skrub pun boleh sebenarnya.. yang penting, kena rajin skrub kulit kita, barula daki deodoran tanggal dan lapisan kulit mati kita dah hilang jadi deodoran akan lebih mudah meresap.

3. Guna deodoran @vaselinemy serum tu, dalam masa dua minggu ketiak saya cerah!!!!! Serius cerah! Cuma sy xsuka sangat bau dia sbb bau dia ada tajam2 macam veet sikit tapi sebab dia berkesan, pakai! Yang warna ungu pun best juga, cuma saya xboleh nak review lagi sebab belum pakai

4. Deodoran batu. Deodoran batu ni bagus sebab batuan bergaram tu halang bakteria merebak dekat ketiak kita tapi awak kena rajin basuh selalu tau tiapkali nak pakai. Pastikan ketiak awak basah dan batu pun basah.. kalau xbasuh, nanti tengik ketiak awak tu melekat kat batu tu. mana2 kedai pun ada.. @watsonsmy ada @guardianmy pun ada

5. Saya guna mana2 exfoliating toner saya ada sebab nak elakkan ada tumbesaran bulu yang terbantut. Perasan tak bila kita cabut bulu mesti akan ada macam ketulan merah sebab bulu tu xboleh keluar? Haa.. guna je mana2 toner BHA yang awak ada. Macam sekarang ni saya pakai yang @axisy_official dengan @alphahskincare . Mana2 pun boleh… tapi jangan selalu tau sebab awak dah skrub dgn garam, nanti pedih pulak ketiak. Selang seli je… axis y tu boleh beli kat @marshearmy , alphah dekat @beauticity.skincare

Tips ni saya buat dan menjadi, apa yang paling penting rajinkan mandi ya dan kita perempuan tolong jaga hygiene ya sebab bau ketiak masam memang boleh buat semua orang turn of 🥺.. kalau tegur depan2 kita malu, kalau tegur belakang nanti fitnah. Jadi sama2 la kita tolong jaga yaa 🤗🤗🤗

#tipsandtrick #tipscerahkanketiak

Sora Organic Glow Elixir Face Oil

Sora Organic Glow Elixir face Oil

Saya cuba pakai minyak dari sora organic ni, dalam minyak ni ada argan oil,jojoba oil,rosehip oil dan juga grapeseed oil. Huuu.. banyak.pastu dia ada sertakan sekali bunga ros kering untuk kita campur dalam minyak tu tapi saya xnak sebab bau ros kering tu wangi la pulak. Hahhhaa suka hidu gitu je, kalau tambah ros tu nanti minyak tu jadi wangi sikit.. kalau xcampur, minyak tu bau dia tajam sikit. Tapi xpelik, biasalah minyak kan memang ekstrak dia dapat hasil proses pembakaran kan? Xpelik la kalau bau dia tajam ke apa yang penting khasiat dia best.

Sejujurnya, dulu saya xsuka minyak tau! Mungkin sebab dulu saya berkulit kombina jadi tiapkali pakai facial oil mesti kulit saya jadi belengas melekit sampai habuk melekat rimasssssss. Tapi dengan pemakaian skincare yang kerap dan betul, kulit saya sekarang dah jadi normal to dry pulak dah. Pastu disebabkan sekarang saya tidur dalam ekon, kulit saya kerap rasa kering tau walaupun pakai skincare lapis2… rupanya baru la saya tahu, saya kena pakai face oil pulak. Bila pakai face oil last step dalam rutin, otomatik oil tu tolong lock in kelembapan kita semua tau, jadi tiapkali bangun pagi tu kulit konpem jadi shiny2 toink2!

Rosehip oil bagus untuk antioksidan,argan bagus untuk vitamin E,jojoba oil bagus untuk anti inflmmatory, grapeseed pun bagus untuk vitamin E dan antioksidan. Jadi minyak ni sangat bagus untuk anda yang mengatasi masalah kulit kering, jerawat,anti penuaan dan macam2 lah. Minyak ni xyah cakap la sebab sejak zaman dulu lagi orang2 tua kita dok pakai memang elok ha. Jadi jangan risau ya! Memang elok xkan clog pores pun.

Semua kulit pun boleh pakai,kulit oily pun boleh pakai ya! Lagi bagus untuk kulit oily sebenarnya sebab grape seed bagus untuk kulit berminyak. Saya suka sebab sepanjang pakai minyak, kulis saya jadi makun halus dan lembap. Sora ni saya pakai siang pun boleh sebab dia xpekat sangat pun..

Sabun Mesra Bayi,Eczema dan Alam Sekitar Ecominim

Mesti awak semua tertanya2 kan apa beza sabun mesra alam dengan sabun biasa? Sabun mesra alam biasanya adalah sabun yang tidak memberi impak yang besar terhadap alam sekitar contohnya bahan pencuci yang biasa kita gunakan di dalam sabun yang kita biasa pakai tu kebanyakkannya  mempunyai kesan terhadap pemecahan permukaan air. Seperti yang kita sudah belajar dalam subjek sains, molekul air lebih besar dan padat jadi air akan sentiasa berada di bawah. Penggunaan bahan pencuci yang tidak mesra alam biasanya akan memberikan impak terhadap permukaan air.

 Kita mungkin tidak akan nampak pada mata kasar, tetapi keadaan ini memberikan kesan kepada haiwan2 mikroorganisma di dalam air contohnya labah2 air yang mempunyai habitat terapung pada permukaan air untuk mencari makan akan mengalami kesukaran akibat lapisan permukaan yang sudah tercemar.Kekurangan kadar capaian permukaan air ini juga akan memberikan impak besar kepada haiwan akuatik kerana kadar oksigen juga turut berkurangan.

Perasan tak bila kita guna serbuk pencuci, air akan bertukar menjadi berminyak dan terapung pada permukaan air. Kita boleh nampak ada kesan2 pelangi dan untuk pengetahuan anda ia tidak akan hilang sehingga ke saliran sungai. Jadi apa kita perlu buat?

Hari ini saya nak tunjukkan kepada anda satu jenama dari Malaysia yang mengkhususkan pembuatan bahan cuciannya berasaskan tumbuhan dan mesra alam sekitar. Produk Ecominim dari Malaysia ini adalah produk yang dibuat berasaskan bahan dari tumbuh tumbuhan dan juga tidak melakukan sebarang ujian terhadap haiwan. Produk Ecominim juga menggunakan bahan surfactant bukan ionik gred kosmetik. Jadi ia akan membantu mengurangkan tekanan permukaan antara cecair dan minyak, ia sangat membantu dari segi mengurangkan minyak gris dan mencuci dengan baik dan dengan kata lainnya, ia akan melarut ke dalam air dan tidak menganggu permukaan.

Sebenarnya saya ni tak mahir pun explain tambah2 lagi bidang sains ni, tapiii apa yang saya faham bila guna sabun ni bahan kimia dia tak banyak dan selamat untuk semua termasuk yang kulit memang alah dengan sabun sampai menggelupas tu dan juga untuk pengguna yang sememangnya berkulit sensitif. Memang sesuailah pakai sabun macam ni sebab dalam kita menjaga seisi keluarga, kita juga turut membantu alam sekitar. Sabun ini juga tidak menggunakan sebarang pewarna untuk lebih memberikan kesan semulajadi pada produknya.

Kesemua produk Ecominim juga bebas dari ;

EDTA

PARABENS

PHTALATES

SULFATES

NPEs

SLE/SLES

BETAINE/CDE

OPTICAL BRIGHTENERS

PHOSPHATES

MUSKS

FORMALDEHYDES

Antara produk Ecominim yang saya suka ialah Concentrated Powder Detergent iaitu sabun basuh pakaian. Sabun ini adalah selamat untuk bayi, kulit sensitif, bau yang tidak keterlaluan dan juga kurang buih sabun. Saya suka sebab sabun ni sangat lembut dan walaupun dia kurang buih tapi baju saya tetap bersih dan ada wangi2 mint sikit.

Kuantiti ; 1kg

Harga; 23.50

Link produk; https://shopee.com.my/product/34845130/3424381612?smtt=0.0.9

Produk kedua kegemaran saya ialah sabun cuci pinggan, Concentrated Dishwash( lemon bergamot,Lime honey). Ia adalah sabun pencuci pinggan tetapi dalam masa yang sama boleh juga digunakan untuk mencuci buah buahan dan sayur sayuran. Sabun ini kurang buih ya, jadi memang rasa xpuas sikit bila cuci pinggan tapi yang pasti pinggan saya tetap bersih. Ia juga selamat untuk bayi dan juga kulit sensitif. Sabun ini juga boleh dilarutkan dengan nisbah 1 oam bersamaan dengan 6 kali air.

Kuantiti ; 480ml

Harga; 16.90

.Link produk; https://shopee.com.my/product/129202387/1945182114?smtt=0.0.9

Glass and Multi surface Cleaner. Ini adalah produk serbaguna kerana saya boleh gunakannya untuk mencuci tandas dan juga apa2 permukaan. Saya suka sebab bila gunakannya untuk cuci tandas, lepas sental je permukaan mozek tu jadi bersinar sikit. Dan saya juga xperlu risau lagi bahaya tersedut apa2 bahan kimia dalam tandas kerana sabun ini sangat selamat digunakan. Ia juga boleh digunakan pada permukaan aluminium dan juga besi. Ia juga bebas alkohol.

Kuantiti ; 500ml

Harga; 16.50

Link produk; https://shopee.com.my/product/34845130/6024276822?smtt=0.0.9

Ecominim juga ada banyak keluaran produk yang lain cuma saya xsempat cuba lagi, contohnya

Concentrated Liquid Detergent

-sesuai untuk cucian tangan

-sesuai untuk kain yang lebih lembut seperti kain bulu dan juga sutera

-bebas pewarna dan bahan berbahaya

-boleh menanggalkan kesan kopi dan juga mengelakkan kain menjadi pudar

Kuantiti ; 1 liter

Harga; 26.50

Link produk; https://shopee.com.my/product/67208108/3846614941?smtt=0.0.9

Concentrated Floor Cleaner

-selamat untuk bayi an kulit sensitif

-bauan kesegaran air laut untuk lebih kesan kesegaran pada rumah

-tiada kesan lilin,toxic dan juga peluntur

-sesuai untuk semua jenis permukaan

Kuantiti ; 1 liter

Harga; 16.90

Link produk; https://shopee.com.my/product/129202387/1948442963?smtt=0.0.9

Shoe Deodoriser and Dehumidifier Packs

-sesuai untuk semua jenis kasut

-mengandungi minyak pati yang mengurangkan pertumbuhan kulat dan kulapuk yang menyebabkan bau busuk

-mengurangkan kelembapan

Ingredients

 Natural clay dessicant,ocimum basilicum,mentha aquatica,rosmarimus officianalis,citrus lemons.

Kuantiti ; 50gx4packs

Harga; 19.50

Link produk; https://shopee.com.my/product/67208108/5347052220?smtt=0.0.9

review saya

saya suka produk ecominim ini kerana saya rasa bangga setiap kali menggunakannya, saya bukan saja membantu keluarga saya malahan saya juga membantu alam sekitar. I a adalah produk yang sangat selamat digunakan untuk semua golongan. walaupun harganya sedikit mahal, tetapi di shopee apabila ada sale, saya boleh membelinya dengan harga diskaun. walaupun produk ini kurang buih, tetapi ia juga memberikan kesan cucian yang sama seperti bahan pencuci lain. jadi saya amat berpuas hati.

The Yeon Vita 7 AHA/BHA Energy Peeling Gel Review

Anda takut nak exfoliate dengan acids tapi masih ingin mencuba skrub jenis physical dan lembut?

Haaa… jomlah kita pakai skrub dari The Yeon Vita 7 AHA/BHA ni. Dalam peeling gel ni ada 7 jenis vitamin tau!

 Antaranya vitamin2 yang ada dalam peeling gel ni ialah;

VITAMIN A- Elasticity

VITAMIN C- Vitalizing

VITAMIN E- Moisturizing

VITAMIN F- Brightening

VITAMIN H- Soothing

VITAMIN B3- Whitening

VITAMIN B5- Smoothing

Dia juga dah terang2 cakap dalam peeling gel ni ada AHA dan BHA kan… AHA sangat bagus sebab dia mampu meresap sehingga ke dalam lapisan kulit. AHA ni sejenis acid yang mampu memecah masuk melalui lapisan kulit kita dan membantu melonggarkan ikatan sel2 kulit mati kita, jadi dia akan membantu lapisan kulit mati kita menajdi lembut dan tercabut dengan lebih mudah dan lembut. Tercabut?kkkekekekekekek

BHA pun sama juga,BHA juga mempunyai bentuk atomic yang sesuai untuk memecahkan larutan minyak pada kulit kita.. jadi dia sangat bagus untuk menusuk masuk ke dalam liang2 pori kita dan dalam masa yang sama membantu membersihkan liang pori.

Jadi bila dua ni dah digabung, faham2 jela kan…sorang tolong buang kulit mati, sorang lagi tolong buang minyak dalam liang pori. Kesan dia mestilah cuci bersiha berkilat kann…

Saya suka sebab dalam The Yeon Peeling Gel ni walaupun dia ada juga beads kecil dalam skrub dia, tapi beads tu melarut tau dan hilang dengan mudah.. dia xde kasar pun dan kulit muka saya xde mikro tears pun,makin halus ada lah.

ingredient

Purified Water, Butylene Glycol, Cellulose, Citrus Nobilis Fruit Extract, Alcohol, Glycerin, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Brassica Oleracea Italica Extract, Citrus Unshiu Peel Extract, Actinidia Chinensis Fruit Extract, Cymbopogon Citratus Extract, Persea Gratissima Fruit Extract, Carbomer, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, PPG-26-Buteth-26, Microcrystalline Cellulose, Cellulose gum, Xanthan Gum, Phenoxyethanol, Potassium Hydroxide, Fragrance, Fragrance1-4, Ethylhexylglycerin, Disodium EDTA

Dalam skrub ni juga ada ekstrak buah Hallabong dari Pulau Jeju, buah Hallabon ni sejenis buah limau manis dan dia kaya dengan vitamin C lebih dari buah oren.

Sepanjang saya pakai peeling gel ni, kulit saya rasa makin bersih dan cerah sikit. Kulit saya juga xde rasa iritasi kee kering ke xde, dia biasa je. Saya pakai dua minggu sekali. Suka2!! Boleh dapatkannya di Igshop @koreangaze

Ampang Park, Doubletree, Kelana Jaya, The Intermark

Hi-tea to The Intermark, Kuala Lumpur

Hi! today i went to The Intermark Hotel at Kuala Lumpur. This is my first time i went there and I think i want to share it with all of you. So, you can just go there by car but  think it will cost a lot because got ‘tol’ la…so i went there by LRT and first i just use the Touch N Go card but if you dont have you can just bought the token and choose Ampang Park as your destinations. so you take the LRT and you have to transit to Masjid Jamek for the monorails because you have to took the monorail to reach Intermark. So just transit there and took the Kelana Jaya lines and take Ampang Park as your stop. 
After that you scan your TnG card and take the bridges,just follow the bridge and you just easily entered the Intermark shopping centre!!

 voila! on your left side you can see Sports Direct.com store! i bought couples of socks because got discount otherwise i wont buy lah.. so just go straight and turn right and at your right side you can see a beautiful pearl store and it sold all kinds of pearls and seasheels from Sabah omg its so pretttyyyyyyyyy but i just can see and no touchy!!! so esssspensivee!!!! then i just walk away laa so just go straight again and you will saw the entrance to the Doubletree lounge and you know what, it is the worst lounge ever! yes it got very nice sofa and everything but it doesnt have enough lighting!!! i cant even got a nice picture to post in my Ig urghh..

This is the entrance and yeah got couple of nice people to welcome us

There we go! no lighting!! i cant even show my pretty self……… and then we were invited to go inside and eat lah! so just take two more level and we will enter the Makan place..

 this is the entrance and we come inside, register my name and apa lagi..ranggoslah!

i think the use Javanese theme for the decorations but i dont think it is great because it make the place a little bit dark and one more thing i dont like is it has tiny space so we always collide with each other everytime we walk to get the food! i gemuk mehhh..

Guys, seriously everytime i went to any hotels or anything that has food i dont reach to rice because i want to eat something that i havent see and im upset because not so much varieties and i just eat salad because i want to taste the olives and the parmesan,then i ate satay,mee hoon, chocolate fondue(only got marshmallow and kruton) no fruit or strawberries! hummmmmmmm the conclusion is im not satisfied but perut saya dah kenyang dan Alhamdulillah.. that is all i can say and my rate for this Doubletree hotel is 3/5. No hate here, im just teling my story and just for fun! byeeee

Agrotek garden Resort Hulu Langat Selangor

Hi Guys! isnin ritu i pegi Agrotek Garden Resort di Hulu Langat Selangor, excited sangat sebab kawasan tu bukit bukau jadi mestilah cantik gila kan..and then i bertolak ke sana dengan bas dan dekat je sebab i pegi dengan lawatan sekolah kan jadi i bermula dari SK sekian sekian di Sultan Ismail dan bertolak ke sana dalam 45 minit je dah sampai..

ni jalan masuk dia you akan jumpa kg ni dulu..pehh bukit dia sape yg jenis cepat mabuk to konfem muntah2…sambil2 tu i ambil gambar bangunan sebelah tu and im shook because bangunan dia lawa gila tapi xdigunakan dengan baik.

sayang kan..bangunan lawa kot boleh buat tempat shooting tapi dia buat tempat kereta potong

Inilah resortnya..bukit dia tinggi so kena parking bas kat luar and kena masuk jalan kaki..and then kitorang disambut dengan potpouri,macam vip pulak rasanya..haha

haa..itulah bukitnya,ni gambar masa kami dah otw balik..yg last tu pintu gerbang dia and then kami masuk belok kanan terus masuk makan..

Itulah kawasan makan kami..makana dia best la jugak cuma xberapa nak pujila,hahaha..oh ya yang bestnya ada gulai siput..bestttttttttt. yang i geramnya masalah utama dia is LALAT! geram betul tau sebab banyak lalat…pastu yg paling i geram water dispenser yg dia guna untuk letak air tu dia xcuci elok2,muncung dia tu hitam gila! kalau ikutkan i xnak minum tapi disebabkan terpaksa…apa boleh buat.

I pusing2 sekeliling…macam ni la kawasan dia..

boleh tahanlaa… 

Inilah kawasan legar cikgu2 boleh buat aktiviti..sebelah kiri ada sungai tapi sungai yang dah jadi sungai buatan cuma air dia masih air gunung,…

haa…macam tu laa..lawa la jugak kawasan dia cuma xdela rasa macam pusat peranginan yang vogue2 tuuu…

budak2 dah jumpa air memang xboleh kata apa laa,,,main jelah tapi air dia xdalam sangat..bolehlaa bagi main xbahaya!Pastu petang tu kan kita nak solat zohor, kawasan surau dia mmg xbest sebab surau xde tandas ada tempat ambil wudhu je..pastu da la surau dia terbuka gila hurmmmmm tapi tepi surau ada kawasan lawa and ada kolam ada ikannnnnn

lawa kan….ha pastu anak buah sy kan suka pusing2 sampaikan rasanya dia termasuk bilik VIP and kami ternampak ada figure replika kapal soooooo pretty, replika je dah lawa..i wonder bila laa i mampu naik kapal sebenar hmmmm..ada yg nak sponsor x?

korang rotate la sendiri,lupa pulak dah nak edit dulu tadi..hahahahahokla,itu saja guyss,…tangan ni penat la arini lagipun esok nak drive balik kampung!!! Happy Deepavali!!!!! bye byeeee muuuah!

Klairs Rich Moist Soothing Serum

Hai! Hari ni saya nak bagi ulasan tentang serum ni, emmmmmmm…..serum ni mahal tau! 90 henggeettt,terkejut saya! tapi xpelik sebab harga serum memang mahal sebab serum ni kalau pakai memang akan jadi dan jarang sangat dengar orang cakap serum ni pakai xjadi…

so, nama dia Klairs Soothing Serum dan fungsi dia untuk melembapkan kulit muka.yg ni warna biru..kalau untuk whitening yg warna putih label dia. Hari ni genap dua minggu saya pakai serum ni dan apa yg saya boleh cakap serum ni memang berkesan! saya pakai waktu pagi dan malam..kalau pakai waktu malam kan konpem korang bangun pagi esok tu muka lembap gilerrrr! saya boleh jamin sebab bila saya bangun pagi je muka saya memang lembap dan nampak dewy gitewww..

Tapikan, yang buat sy anehnyaa…saya xboleh pakai serum ni waktu siang sebabnya kalau saya pakai waktu siang muka saya akan jadi naik jerawat pasir yg kecik tu! xbanyak punn..sebijik je selalunya, jadi saya hairan lah kenapa kalau pakai siang naik jerawat? dan yg anehnya jerawat tu xkan ada parut..pastu sy pun try pakai serum and then pakai bedak mekap2!! jadinya sy buat dia macam primer la kalau waktu siang…dannn kalau sy buat camtu,mekap saya jadi macam dewy + glass skin gitu haahhaha..dan yg paling penting xnaik jerawat! haaa..jadi kat sini sy buat kajian, serum ni cantik kalau pakai waktu pagi lepas subuh dan malam sebelum tidur je. Kalau siang jangan pakai tapi kalau anda nak pakai jugak,jadikan serum ni sebagai alas mekap..

Hairan la kan, tapi mungkin kalau pakai siang xsesuai sebab cahaya uv kuat sangat kott..jadi serum tu bertindakbalas sebab tu naik jerawat agaknyaaa…tapi jika anda mengalami kulit yang prone to acne, bagus pakai serum macam ni sebab redness cepat berkurang. Saya suka.. cuma saya akan pakai bila saya mengalami masalah kulit sahaja, jika tidak saya tak akan pakai.

Okeh, serum ni saya dah pakai dua minggu tau! dan yg peliknyaa xhabis2 pun hahaha..kalau orang kelantan cakap “tok degih”. Jadi, mungkin dia lambat habis sebab serum ni pekat sangat tau! kalau satu pam tu cukup untuk sebelah muka.. jadi sy pam dua kali je sekali pakai sebab dia pekat dan konpem lambat habis..saya rasa lebih dari 3 bulan kot boleh pakai. Maknanya kat sini, berbaloi sangat dah serum ni dan yg penting menjadi!  sebenarnya dah banyak review pasal serum ni, jadi korang baca laa mana2 yg korang nak tau lebih tu.. oklah, byeeeeeeeeeeeeeee