Dah hampir sebulan saya test produk2 ni kat muka saya.. aritu saya dh tunjuk dalam story kan? Haa hari ni saya nak buat review last. Mula2 saya explain dulu apa saya pakai:

LOCAL

@eveessential.my Hydrating & Brightening Moisturizer

Dalam ni ada niacinamide ( perbaiki tona kulit), Morus Alba Bark ( calming & soothing), Birds Nest Extract ( membantu keanjalan kulit)

Harga dia dalam RM69+-/ 50ml

@tatagaltier Bulaney Treatment Essence

Ada centella asiatica( soothing & anti irritasi), Galactomyces Ferment Filtrate ( pore reduction, control sebum,whitening), Glycerin ( agen lembapan kulit)

RM85/100ml ( hari ni launching day so grab cepat)

KBEUATY

@lessential.global Rhodiola Lively Triple Cream

Ada madecassoside ( anti redness, soothing,calming) , witch hazel leaf water( menghaluskan liang pori, anti redness), hyaluronic acid( kulit lebih lembap)

RM135.70/80ml di shopee retteb.os

@mizon_official skin power original first essence

Ada Galactomyces,Niacinamide dan glycerin

RM89/250ml shopee @marshearmy

Semua ingredient dia lebih kurang sama je kan? Sebab tu sy cuba compare.. ok. Ini adalah kesimpulan saya:

Keduanya adalah sama!!! Kulit saya dua2 belah rasa lembap, pori pun halus, kulit pun basah2 tapi bukan dewy.. dia basah sihat. Plump pun ya juga, eh samalah! Cuma.. dari segi pencerahan, saya perasan belah local lagi laju. Mungkin sebab produk local kita ingredient pencerahan lebih dominan dari segi formulasinya manakala produk kbeauty dia lebih utamakan lembapan dan keanjalan dalam produk dia.

Jadi, dari segi kulit lebih toink2 dan glassy saya nampak kbeauty menang.. tapi dari segi pencerahan dan keselesaan pemakaian local menang. Sebab kbeauty biasanya dia dewy2 dan kadang2 lead to gresyness tapi produk local dia lebih cepat serap dan often akan suitable dengan keadaan cuaca kita 👏🏻

Apa lagi awak nak tahu? Sila tanya. Harga pun saya dah bagi tu. Haa bolehlaa usha2

Leave a comment